Powered By Blogger

Sunday, September 19, 2010

No More Updates from her lately?


I have been away for months (5 months to be exact). Doink! Sibuk kah? Tiada masa kah? Tiada bende nak citer kah?.... Semua diatas betul! Takkan nak update pasal makanan best2 yang aku makan? Hahaha.. sounds boringgggg....

Ramadhan 1431H baru je berlalu. Sekarang masih demam Syawal. Demam yang tak berape nak panas pun. Dah dewasa. Bahang raya tu tak rasa sangat. Cuma yang aku suka aku bleh cuti panjang & berhibernasi kat TM macam beruang. Nasib badan tak macam tu lagi. Tahun ni aku dapat cuti awal tapi kene balik awal la. Raya ke 5 dah cabut balik. Tapi sekurang-kurang nya aku dapat puasa kat umah 3 hari. yes!!

Rindu aku kat budak2 kecik ni:




Sayang Kamu! B-Log Aku

Saturday, April 10, 2010

1990s Kartun Yang Aku Suka


Aku suka menonton TV, nak nak pula citer kartun. Dulu. Skang...Hmm, aku lebih suka me-rehatkan diri di depan TV. Sama ada aku tengok TV, atau TV tengok aku. Dulu memang aku akan check intisari rancangan TV dalam suratkhabar. TV1, TV2, TV3. Tiga channel tu je pun yang ada dulu-dulu. Memang aku hafal la, hari ape ada citer ape. Sampai Abah catu bape lama je aku di bolehkan tonton kartun. Huhu.

Aku suka tengok:

The Wizard of Oz

TaleSpin


Darkwing Duck

Count Duckula
The Smurfs

Rugrats

 
Jem

ThunderCatz

Chip 'n Dale Rescue Rangers

The Real Ghostbusters

The Care Bears

Batman: The Animated Series

The Little Mermaid

X-Men (TV series)


Sayang Kamu!
B-Log Aku

Monday, March 29, 2010

Jalan Jalan Cari Makan


Isnin, Monday, Hari yang indah untuk di mulakan. Sedapkan hati. Tapi aku harap minggu ni cepat berlalu sebab Hari Jumaat ni aku akan pulang ke hometown aku yang indah dengan makanan-makanannya. Yang sungguh mengiurkan kan tekak aku. Aku mahu pulang. Aku sudah rindu dengan orang-orang kat sana. Hanya ber-facebook dan bertelefon je.Aku mahu gunakan weekend aku tuh dengan sebaik-baiknya. Aku tak mahu tidur. Aku ni kuat tidur, kalau balik sana. Takde mende nak buat. Tapi tak kira di mana aku memang kuat tidur lah. Disana nanti. pagi, petang, meronda-ronda cari makan. Aku dah pesan dengan adik aku tu, dia supir aku kat sana nanti. Aku tak tahu jalan. hehe. Dan malas bawak kete manual itu! Aku nak pergi makan ayam percik Yati, yang aku tak penah jejak pun. Aku duk dengar budak opis aku duk bercerita pong pang. Ish, aku pun tak pernah pegi. Dia yang bukan orang sana pun dah pergi 3X. Sedap sangat ke? Hmm.. banyak gak tempat dia pergi aku tak pernah pegi. Adoiiii! Apa la...

Aku nak makan:

  1. Ayam Percik Yati

  2. Nasi Kerabu Salak

  3. Gulai Ayam Kampung Tepi Sungai

  4. Ikan Singgang Ma

  5. Nasi Berlauk

  6. Pulut Pagi dalam pasar

  7. Mee Celup ...?

  8. Kerabu Kaki Ayam, Ma

  9. Asam Pedas Ikan Patin, Ma

  10. Sotong Rebus Ketuk Serai, Ma
Oh tidak, aku tak dapat nak tulis lagi, sebab mulut aku dah kecur......


Sayang Kamu!
B-Log Aku

Friday, March 26, 2010

Kisah Buah Kuinin


Siapa TAK kenal/tengok/makan buah Kuinin? Bagitau aku. Kalau tak pernah, memang dia membesar kat bandar-bandar besar seperti Petaling Jaya atau Putra Jaya Presint 10. Lor takde kaitan pun. Gambar kat bawah ni buah kuinin. Sedap! Sedap lagi dari buah bacang. Bacang atau orang Kelantan panggil buah Mace. Bunyi dia "ma-chair". Bau buah Kuinin lagi harum dan strong dari buah bacang. Tapi aku heran kenapa orang amik buah bacang sebagai simpulan bahasa iaitu "Bau-bau bacang". Kenapa tak, Bau-bau Kuinin???? "Bau-bau bacang" is one of Bahasa Malaysia Idioms which mean a distant relative. Macam aku ngan Nasha Aziz tu. :)

Gambar dari Google Image: tak ada kaitan ngn aku

Gambar dari Google Image gak: tak kaitan ngn aku gak

Fuh, bila cakap pasal buah kuinin ni, takde orang bleh sorok bila buah ni dah masak/ranum. Aku ingat lagi zaman dulu (cam zaman batu je), tahun 80s-90s la, di saat aku masih kecil tapi dah boleh berjalan dengan kaki sendiri. Aku merayau-rayau di belakang dan di tepi rumah aku. Merayau-rayau mencari belalang di pokok-pokok keladi untuk aku bagi kat my pet. Ikan Puyu. Erk!

Disaat-saat aku merayau2 tak tentu hala tu, hidung cute aku terbau sesuatu. Bau harum. Tapi aku tak tahu ape dan di mane. Aku ikut je instinct my cute nose sampai belakang kat kebun pisang. Aku nampak sesuatu atas tanah. Aku pungut. Bau tu datang dari buah itu. Aku penah ingat Tok (grandma from father's side) penah bagi kat aku sebagai upah pegi sekolah. Kelakar. Kids are easily to bribe, I told you! Bribe them with ice cream, candy, dolls, toys etc. But, that was the way to bribe a kiddo 20 years ago. I think it doesn't work for millenium kids unless you bribe them with handphone, PS, XBox, all the millenium gadgets. 

Back to the buah la...Aku bawak balik rumah. Aku basuh dan letak dalam peti. Nak bagi sejuk dulu. Pastu, aku tonton TV, citer ThunderCats, memang aku tak pernah miss citer kartun ni. 


Aku rasa budak-budak skang tak tahu pun kartun ni. Part paling aku suka bila Lion-O swings his sword and said "Thunder, thunder, thundercatttttttttttttttt!!". Lion O is the lord of thundercats, a very attractice, muscular, with the orange hair. haha..


Dah abis citer tu, aku gi dapur. Nak kupas buah kuinin sejuk. Aku amik pisau kaler kuning. (hulu pisau tu kaler kuning, pisau paling fames dulu-dulu).... ADUUUHHHHH! Jari aku terluka, luka kena pisau tu. Aku tahan je tak menangis, takut Ma marah, main pisau. Aku menangis kat Mok (grandma from Mum's side). Mok bubuh Burnol, antiseptic cream. Ada lagi ke krim sapu ni kat pasaran skang ek?

     
Aku mati-mati ingat nama dia BE-NO. Rupanye eja dia BURNOL. Kecik2 tak tahu ok.. Jari aku luka teruk la jugak. Berbalut cam dalam gambar Burnol tu la. Bebalut ngan kain batik mok yang lusuh yang dia tak pakai dah. Bila time makan malam sebelum kul 7 malam, Ma suap nasi kat aku. Suap sambil kene leter.
Semua pasal buah kuinin tu. Aku tak dapat makan pun buah tu, sebab buah tu buruk. Lagi pun, darah aku menitik kat buah tu. Hu hu hu...

Kat mana nak cari buah tu skang ni? Bagi tau aku.

Sayang Kamu!
B-Log Aku

Wednesday, March 24, 2010

Lambat Pick Up or Malas?


Ini rintihan dari kawan lama aku. Aku jumpe dia minum kopi bersama. Aku ceritakan semula kat korang.


"Semalam aku hangin sikit. Hangit ngan orang yang lambat pick up. Lambat pick up buat keje. Pastu, semua nak kene suap. Bukan suap nasi atau pun suap--->rasuah/bribe. Tidak! Suap: duduk dan tunggu orang bagi inputs. Bukannya nak cari sendiri. Kalau design tak jadi, tanya aku nape tak jadi. Hello, nak suh aku analyst/check ke design ko? Kenapa diaorang buat keje tak macam aku buat keje. Aku pun tak faham. Investigate and find the cause of errors la. Hmm, manja! Tapi mungkin sebab diaorang ni baru lagi. Aku tak leh nak hangin sangat. Tapi..
Aku tak kisah pun, cuma, aku nak diaorang faham the concepts. Where to get some informations when they need, How to solve a problem when the failure analyst occured, Solve dulu baru tanya ..Aku. Aku tak kisah juga kalau diaorang tanya, tapi kalau tanya benda yang sama 10X, hangin tak? Dah la tak take note pun bila orang cakap a few things which is I guess you will bugging me later. Again, and again.

Aku rasa aku dulu tak macam tu. Hehe.. Digging here and there to gain the knowledge. Ask questions, but make sure you do not ask same question. Hmm, dah la, aku tak nak emo sangat. Apsal aku nak stress kat bende2 camni. Mungkin bos aku juga pening ngan aku dulu. Mungkin.Kadang-kadang aku hairan...lambat pick up or malas nak train otak untuk ingat.

Ingat, bagi komitment 100% when you at work! Facebook kejap-kejap ok la.. haha"

........Habis dah cerita dia. Gambar-gambar yang aku letak ni, ihsan dari Google Image. Konon nak kait kan cerita dia la..


Nanti kene fired... ^_^


See....Pluck makes luck. Use your own brain, not others. Ooopss...


Marilah bekerja dengan semangat, then splurge yourself.
P/S- Aku minum kopi sambil makan creampuff. Sedap sangat, gebu dan lembut dan berkrim. Aku makan satu dozen. Ala, besar bola pingpong je. Murah lak tu. Setengah dozen, RM3.00. Pastu tak fokus sangat cerita dia. Adoi... Tapi boleh diceritakan semula kat sini. ^^
     
Takpe lah...
Sayang Kamu!

Tuesday, March 23, 2010

Darjah 1 Teratai dan Tandas


*Warning: Cerita ni panjang meleret. Mungkin kamu akan bosan*

Aku dapat masuk kelas 1 Teratai. Kelas Ketiga. Sebab Abah lambat register. Ada khabar angin juga cakap kebanyakan anak-anak cikgu kat sekolah tu yang penuh di isi kat kelas Cempaka dan Melor. Ada juga cakap..haih..lantak la.. Lupekan. Apa yang aku kisah masa tu, aku tak satu kelas dengan budak2 setadika aku. Aku tak ingat siapa nama dia. Tapi aku tahu dia setadika ngan aku. Dia penah kongsi lunch box dia masa tadika. Dia adalah perempuan. Kelakar lak, bila kami tahu kami satu sekolah, kami selalu lambai2 kat sesama sendiri bila aku nak gi tandas. Nak gi tandas aku kena pass by kelas dia. Aku panggil dia awak, dia panggil aku, awak juga.

Aku jugak rajin ke tandas, aku tak minat nak duk dalam kelas, nak2 pula kalau kelas Matematik. Aku benci Matematik, aku suka Bahasa Inggeris ngan Muzik. Setiap satu subjek, aku mesti angkat tangan bagitau cikgu nak gi tandas. Sampai satu hari tu, cikgu kelas aku, cikgu Aminah cerita pasal masalah kerap kencing dikalangan student. Doktor akan datang check students yang kerap pegi tandas. *Erk* Aku takut! Aku gi tandas bukan kencing pun tapi sebab nak jalan2. *Doink* Tandas perempuan kotor sangat. Geli aku. Satu hari, aku masuk tandas lelaki. Aku nampak tandas lelaki bersih sikit. Lantas, aku pun masuk la, aku bukan tahu apa pun. Sampai je kat sinki, ada senior lelaki (darjah 6 je pun) sergah aku, tanya aku apsal masuk situ. Aku cakap la tandas sebelah kotor. Dia tanya aku ''Ni adik Ja ke?''...Abis la aku, mesti dia cakap kat Kak Ja. (Memang ya pun, aku kena marah lagi ngan dia)... Ish, siapa la mamat perepot tu!

Lepas kene warned ngan cikgu Aminah, aku terus melekat je kat kelas. Sampai nak gi tandas pun takut. Dalam kelas, aku rasa cikgu-cikgu tak suka aku. Aku banyak tanya. Diaorang pulak malas nak jawab kot. Ada satu je cikgu yang suka aku. Cikgu Aminah. hehe..Masa tu dia drive kete Proton Saga Aeroback. Aku rasa masa tu dia sorang je kot yang bawak kete tu. Dia seorang cikgu yang dedicated. Nape aku tak ingat cikgu-cikgu lain?... wondering....

Kelas aku selalu dapat kelas terbersih untuk darjah 1. hehe.. Mana tak nye, aku sebagai Pen. Ketua Darjah mengerah dan memaksa budak-budak tu semua bersih kelas. Aku ngan bulu ayam aku akan make sure whose names on the duty roster bersihkan kelas. Kalau tak, abis la diaorang. Gila kan aku. Siapa buang sampah aku tulis nama. Siapa main kejar-kejar dalam kelas aku tulis nama. Siapa yang nak menangis nak balik atau ada niat nak lari balik rumah pun aku tulis nama. Penah sekali, aku cubit sorang minah ni sebab dia duk merajuk kat pintu belakang kelas. Sebab dia nak balik. Hari pertama kelas sebelum tu, dia yang paling kuat melalak. Aku benci. OMG nakal sangat aku! Dia ingat sampai sekarang. Aku ingat lagi nama dia. Syarini. Dia cerita balik cerita ni kat Kak Ja 2,3 tahun lepas. Malu aku. Aku rasa aku lain masa kecik-kecik. Extrovert, very active, very extra friendly, bold and lively and very mean . Bila besar ni, aku ialah introvert, very difficult to mingle around.

Aku rindu masa dulu-dulu. Sebagai budak kecik, diaorang tidak pernah ada masalah. Masalah paling besar ialah tak dapat siap kerja sekolah. Aku selalu tak buat kerja sekolah. Aku memang malas. Petang-petang, lepas mengaji Quran ngan Arwah Cek Akob, aku main mok-mok ngan Zira, adik aku. Main hide and seek (dalam rumah je). Tak pun, aku bawak dia gi amik buah jambu air kat umah Mok Minah. Lepas ngaji, mesti sebat 2, 3 biji. Aku tak tahu la nape, buah jambu air kaler putih kat umah Mok manis sangat, besar-besar pulak tu. Sambung balik pasal tak siap homework tu, kadang-kadang Kak La tolong siapkan. Hehe.. Penah jugak aku kena denda berdiri kat luar kelas sebab tak siap homework Math. Kalau English and Muzik, tak yah suruh, terus siap.     
     
Cuba korang ingat-ingat balik, apa yang paling best korang penah buat/berlaku masa kecik-kecik dulu. Kalau boleh masa tu mesti bawah 10 tahun?  

Sunday, March 21, 2010

Cerita Pertama Kali Ke Sekolah


Masih aku ingat lagi masa zaman sekolah rendah dulu. Darjah Satu kat Sri Suria 1. Sekolah paling femes la kononnya pada abad itu. Aku darjah 1, Kak Ja & Kak Didie Darjah 6..senior la..Aku suka tengok dia orang masa tu. Ramai kawan. Aku pulak budak cuak masuk sekolah baru, ramai budak besar pulak tu. Masa tu aku rasa sape-sape yang darjah 6 memang besar..tinggi2 belaka. Aku cuak sebab aku tak tahu siapa kawan aku kat situ. Aku satu tadika dengan sepupu aku, Aja. Kita orang bertadika kat Tadika Tasik. Aku pun tak ingat nama betul tadika tu, tapi Tadika tu kira glamer zaman 80s. Dalam setahun, aku boleh kira bape hari je aku pegi bertadika. Aku ngan Aja selalu tak pegi. Kami main mok-mok kat bawah pokok celagi (pokok asam jawa laa!) lagi best. Kitaorang selalu je tak gi tadika, nasib baik pandai membaca. Tapi yang penting, aku ingat, banyak kali la masa rehat atau playing time kat Tadika. Main kejar-kejar, main zeropoint / tali getah, main gelongsor kat luar tu, yang penting banyak main la kat tadika tu, aku tak ingat pun bila masa pegang buku, aku pun tak tahu camane aku boleh membaca. Alaa, membaca budak tadika bukan bererti membaca dengan fasih, tapi membaca 2 suku kata la..haha..S-A-Y-A, B-O-L-A, I-T-I-K....
Masa tadika tu Arwah Tok ada lagi. Arwah Tok takkan bagi upah kalo tak gi tadika.. Hmmm, masa tu tak peduli la sangat pasal sekolah. Bila masuk Darjah 1, Aja gi sekolah Yuk Cheng, aku gi Sri Suria. 

Bila dah masuk Darjah 1 ni, Ma cakap tak boleh ponteng2 dah..Sob sob. Pastu yang paling tak suka, kena bangun pagi-pagi lagi sebab nak gi sekolah. Aku ingat lagi pukul 5:30 pagi dah bangun, pukul 9:30 mlm abah dah suruh tidur, Tv off! Mandi pakai air panas Ma masak dalam kettle je. Takde la water heater yang melekat kat dinding bilik mandi cam sekarang ni. Masa tu 1989, kalau bangun pagi-pagi masa Subuh, waaahhh siap ada kabus tau...Kalau hembus nafas, siap kuar wap sejuk macam kat oversea tu..Haa, betapa bezanya dengan sekarang ni. Global warming, suhu dunia dah meningkat! Siap menggigil la kalau mandi pagi. Tu yang liat tu..tapi tak ade la liat sangat pun.

Aku tak berapa ingat sangat aku gi sekolah ngan ape..? Doink! Abah la, ngan sape lagi. Aku pun tak ingat sapa gi anta aku ke tadika. Aku masuk sekolah kul 7:30, Abah bertolak dari umah hanta aku kul 7:20..Aduuiiii...Selalu kena berdiri kat luar pagar, selalu kene marah ngan Kak Ja, dia pengawas Darjah 6. Abis tu, nak buat camne.. Takkan naik kayuh basikal macam Kak Ja & Kak Didi. Dia orang tu dah besar. Aku, besar batang lidi je.. hehe. Tak lama kemudian, Ma subsribe-kan aku ngan pakcik van mane ntah untuk hanta aku ke sekolah, nak suruh naik bas sekolah, aku budak kecik lagi. Van tu datang kul 6:45pg. Memang dia datang amik aku dalam keadaan sekitar masih berkabus lah. Ada lagi budak-budak lain, tapi aku tak amik port sangat.

Cerita aku masa first day kat kelas 1 Teratai memang tak dapat dilupakan. Aku rasa aku budak paling poyo lah. Mak bapak budak2 lain semuanya kene tunggu sampai dia orang habis kelas. Aku? Hmm, Kak Ja yang registerkan aku kat kelas. Pastu, ada gak budak-budak lain menangis, aku pun tak tahu apsal. Cikgu pertama aku ialah arwah Cikgu Aminah. Dia bukan orang Kelantan. Dia cakap Malaysia baku. Aku amat amazed ngan dia. Kak Ja letak aku tempat paling depan. Aku suka. Aku suka sebab dapat tengok kasut cikgu Aminah, kasut tinggi, kaler hitam. Terliur aku. Aku selalu berangan jadi cikgu, main mok-mok pun jadi cikgu, siap pakai kasut tumit tinggi Kak Chik (kalu main cikgu-cikgu kat umah Mok Su)

Cikgu Aminah nak lantik Ketua Darjah untuk kelas aku. Aku nak! Aku tak tahu apsal aku poyo, berani dan level of confidence aku sangat tinggi. Time tu kalo aku nak, aku nak! la..Aku rasa sebab aku nak dekat dengan cikgu Aminah, nak gi Bilik Guru, nak gi intai Kak Ja kat tingkat 3 ( Darjah 6 kat  tingkat 3, darjah 1 kat ground floor). Tapi tak kot. Budak kecik dia tau NAK je, interest/minat dia tinggi, dia tak tahu NAK macam orang dewasa, is like nak with PURPOSE!

Di pendek kan cerita, Cikgu Aminah suruh angkat tangan siapa nak jadi Ketua Darjah. Aku terus angkat tangan tanpa pikir dulu dan dengan confidence-nya. Satu kelas tengok aku.. ERK! Salah ke? Tiba-tiba aku nampak ada sorang budak laki kat hujung kelas dekat pintu belakang angkat tangan jugak..isshhh pesaing aku ni. Sibuk je. dan ada satu lagi budak laki. WHAT? Setelah buat undian, aku dapat undian kedua terbanyak, dan aku jadi Ketua Darjah Penolong Ketua Darjah. Fine! Dapat gak jadi orang glamer (pada pandangan aku masa tu la, sebab aku jeles tengok Kak Ja jadi pengawas, semua cikgu kenal dia) hehe..

Kalau nak citer pasal aku di alam darjah 1 tu, memang panjang. Naik muak lak nak baca. nak taip lagi penat tau! Kisah Darjah 1 tu aku di ceritakan lagi in the next entry ok..

Nak citer pasal aku suka tulis nama kalau cikgu tak ada dalam kelas. Kalau budak2 tu bergerak setapak dua dari tempat diaorang pun, aku tulis gak nama dia orang. So gila kuasa kan aku.. Well, tak boleh nak komen, sebab time tu aku rasa aku adalah aku, aku budak naif, suci dn ikut peraturan. Innocent  dan skema.


Saturday, March 20, 2010

Me dan mereka (M&M)


Ini entri pertama untuk blog M&M ni.. Bukan M&M coklat tu ye..Bukan yang ni..

Foto dari : M&M

Ini adalah sekadar diari untuk aku catat sebagai kenangan... Zaman dah maju, semua kene maju...
Aku rajin menulis Tapi bukan disini, di dalam buku... hardcopy.. Blog ni softcopy namanye.. hmm, kalo dlm personal diari aku, mesti la size nye satu buku log panjang tu, yang macam Tauke Kedai Mek Bi buat buku akaun kat Kedai Runcit Mek Bi.. Eh ada lagi ke kedai mek bi kat Cherang Lali tu? hmm, entah..

Masa sekolah kat Penang dulu, memang aku rajin menulis dlm buku log.. aka B-log... sampai la ke Uni.. Tapi bila dah keje ni, b-log tu dah terperuk dalam kotak A4 brand Double AA, kat bawah katil.. B-log tu best, boleh tampal gambar-gambar.. Oh, zaman dulu (cam zaman batu lak), pakai kamera filem. Selalu pakai kamera Kak Long. Dah abis amik gambar pegi hanta Kedai Kodak kat tepi Kedai Roti Smiley tu (ada lagi kot sampai sekarang kedai tu), satu roll filem aku selalu pakai yang 36 keping je.. Dulu-dulu tak lah gila self-potrait sangat..mungkin sebab abis je satu snap, tak dapat tengok kan. Almaklum lah, kamera pilemmm.. hehe.. Pastu, kalo gamba tak jadi, tak dapat la tahu... huhu.. kekadang blur la, kepala sekerat tak de la... Hmmm... macam2 la zaman 90s dulu.. Rindu lak..

Ok, back to B-log (Buku Log) aku tu.. Boleh tampal gamba, bleh tulis ngan pen kaler2... Tapi skang lagi canggih la.. ada BLOG (web-log).. provider pun banyak.. ada BLOGGER, ada Wordpress, ada Xanga dan lain2, tu je yang aku tau sebenarnye...

Akhir kata, mari la menulis dan menampal gambar kat sini pulak.. pasal AKU dan MEREKA. Mereka ni pasal family aku dan sepupu sepapat sedara sedari dan semua lah yang berkaitan.. =)