Isnin, Monday, Hari yang indah untuk di mulakan. Sedapkan hati. Tapi aku harap minggu ni cepat berlalu sebab Hari Jumaat ni aku akan pulang ke hometown aku yang indah dengan makanan-makanannya. Yang sungguh mengiurkan kan tekak aku. Aku mahu pulang. Aku sudah rindu dengan orang-orang kat sana. Hanya ber-facebook dan bertelefon je.Aku mahu gunakan weekend aku tuh dengan sebaik-baiknya. Aku tak mahu tidur. Aku ni kuat tidur, kalau balik sana. Takde mende nak buat. Tapi tak kira di mana aku memang kuat tidur lah. Disana nanti. pagi, petang, meronda-ronda cari makan. Aku dah pesan dengan adik aku tu, dia supir aku kat sana nanti. Aku tak tahu jalan. hehe. Dan malas bawak kete manual itu! Aku nak pergi makan ayam percik Yati, yang aku tak penah jejak pun. Aku duk dengar budak opis aku duk bercerita pong pang. Ish, aku pun tak pernah pegi. Dia yang bukan orang sana pun dah pergi 3X. Sedap sangat ke? Hmm.. banyak gak tempat dia pergi aku tak pernah pegi. Adoiiii! Apa la...
Aku nak makan:
Ayam Percik Yati
Nasi Kerabu Salak
Gulai Ayam Kampung Tepi Sungai
Ikan Singgang Ma
Nasi Berlauk
Pulut Pagi dalam pasar
Mee Celup ...?
Kerabu Kaki Ayam, Ma
Asam Pedas Ikan Patin, Ma
Sotong Rebus Ketuk Serai, Ma
Oh tidak, aku tak dapat nak tulis lagi, sebab mulut aku dah kecur......
Sayang Kamu!
B-Log Aku

No comments:
Post a Comment